Logarani A/P Mathivanan, KB.PA
KAUNSELOR BERDAFTAR
9813487f-021f-46aa-8d70-3ce035ed8c94

Logarani A/P Mathivanan, beliau tinggal di Taiping Perak. Beliau berpendidikan dalam Sarjana Muda Kaunseling ,Universiti  Malaya  2002-2006 dan Sarjana Sains Kaunseling,Universiti  Utara  Malaysia  2012-2015. Beliau memegang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan@Pegawai Psikologi (S44) tetap di Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN), Negeri Perak. Beliau berkhidmat selama 14Tahun dalam bidang kaunseling Psikologi.

Beliau mengendalikan sesi kaunseling, memberi psikopendidikan, mengendalikan program-program contoh bengkel Pengurusan Tekanan, Bengkel Keibubapaan, Bengkel Pekerti(Remaja) dan mengendalikan slot-slot motivasi, menggunakan terapi NLP, AD-HTP serta menggunakan kaedah matrixology  dalam membantu mencari potensi dan menyelesaikan isu klien. Saya juga menjadi panel penemuduga PSH (Pekerja Sambilan Harian) di LPPKN Perak. Beliau juga diberi pengiktirafan sebagai Seorang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia Kaunselor(KB 03964, PA03403) Pensijilan Pengamal NFNLP(USA), Pensijilan Pengamal Master AD-HTP, Pensijilan Pengamal Mindfulness Love Therapy, Pensijilan Pengamal Psiko-Numerologi, Pensijilan Pengamal Laughter Therapy dan Pensijilan Pengamal Body Language Analyzer(CBLA).