Zarifah Binti Mat Hussin, KB;PA berkelulusan Sarjana Muda Kaunseling, UMT (2013). Beliau merupakan seorang kaunselor profesional yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kaunseling. Beliau kini bertugas sebagai kaunselor sepenuh masa di Universiti Geomatika Malaysia dan separuh masa sebagai kaunselor sukarela di Pusat Kaunseling Selangor -Talian Sahabat dan talian Sehat.
Beliau adalah pengamal Modul Pensijilan AD–HTP (Art Drawing–House Tree Person) interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan menolong, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive-Behavioral Therapy) iaitu terapi kesihatan mental melalui penstrukturan kognitif yang sistematik dan berkesan dan Pensijilan Mindfulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta tahap1 iaitu merasai cinta Tuhan dan ‘I Love Myself’ untuk kesejahteraan diri dan lain-lain.