Inventori Skala Menghadapi Tekanan (ISMT)

Inventori Skala Menghadapi Tekanan (ISMT) diubahsuai oleh Mohammad Aziz Shah (2019) daripada teoretikal menghadapi tekanan-tekanan kehidupan yang ditulis oleh Dr. Thomas Holmes, pakar psikologi dari University of Washington, Seattle, AS. Beliau telah menyusun sebuah jadual perihal keadaan tekanan-tekanan seharian dan menyelidik tentang kesannya kepada kesihatan fizikal dan emosi. Penyelidikan ini telah memberikan nilai tekanan menurut keadaan jenis tekanan-tekanan. Beliau juga merumuskan bahawa jumlah mata yang diperolehi oleh seseorang itu tidak boleh melebihi 300 mata setahun. Apabila seseorang mendapat jumlah melebihi 300 mata setahun, ia mendapati bahawa seseorang berisiko menghidapi penyakit seperti lemah jantung, kemurungan, dan lain-lain.

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Inventori Skala Menghadapi Tekanan (ISMT)

Inventori Skala Menghadapi Tekanan (ISMT) mempunyai nilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan yang diterima. Berdasarkan Mohammad Aziz Shah (2019), kesahan kandungan ISMT ialah 0.792 (79.2%). Analisis kebolehpercayaan ISMT yang telah dijalankan terhadap 50 responden mendapati bahawa kebolehpercayaan ISMT secara keseleruhannya adalah koefision .857. Nilai koefision ini adalah tinggi dan boleh dipercayai. Nilai kebolehpercayaan ini diterima dan membuktikan ISMT mampu mengukur aspek yang ingin diukur.