ED COUNSELING AND PSYCHOLOGY
Organisasi yang menyediakan perkhidmatan terapi bagi individu yang memerlukan sesi terapi bagi pembangunan diri atau menangani permasalahan kehidupan seperti stress dan kesihatan mental.
Pengenalan EDCP
EDCP juga menyediakan latihan pensijilan profesional bagi psikologis, kaunselor dan mentor/coach/pembimbing memperoleh Pensijilan Art-Drawing – House Tree Person (AD-HTP), Pensijilan Cognitive Behavioral Therapy for Healing (CBT-H) dan Pensijilan Mindfulness Love Therapy (MLT).
Penggubal Modul EDCP
Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
EDCP mengaplikasikan proses terapi yang dibangunkan oleh PROF MAS atau Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Maka, rawatan terapi akan berdasarkan tiga pendekatan utama iaitu;
Menerokai dan mengenalpasti hubungan kekeluargaan, impian, kerjaya, potensi dan permasalahan kendiri melalui Art Drawing – House Tree Person (AD-HTP)
Penstrukturan semula pemikiran, perasaan dan gaya hidup baharu melalui teknik dan tugasan kognitif dan tingkah laku berdasarkan pendekatan Cognitive Behavioral Therapy for Healing (CBT-H)
Merasai kasih sayang Tuhan, ‘I Love Myself’ dan aplikasi kesedaran (mindfulness) seperti melepaskan kemelekatan, kesyukuran, memaafkan, total surrender (penyerahan penuh kepada Tuhan yang maha Kasih Sayang), dll berdasarkan Mindfulness Love Therapy (MLT)
Testimoni
TESTIMONI MENGIKUTI SESI MLT
Selamat petang, Prof. Izinkan saya memberi pandangan & maklum balas selepas Kursus Online MLT Tahap 1 di sini. Saya masih ingat (bukan memiliki tetapi menikmati🤭)… Baca Lagi “TESTIMONI MENGIKUTI SESI MLT”
PERKONGSIAN PESERTA MLT YANG MERASAI KASIH SAYANGNYA
Pagi ini saya berdiri di balkoni dan berdoa kpd Allah agar sesiapa yg saya nampak lalu di depan saya 1. Diberi cahaya kasih sayang Allah… Baca Lagi “PERKONGSIAN PESERTA MLT YANG MERASAI KASIH SAYANGNYA”
SESI KLIEN SIMPTOM OCD (OBSESSIVE – COMPULSIVE DISORDER) OLEH PEMBIMBING AKRAB (RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM)
1. Selepas mengikuti Pensijilan Pengamal Neo-CBT (Neo-Cognitive Behavioral Therapy) pembimbing AKRAB ini memahami mengenai OCD. 2. Beliau dirujuk membantu klien/ kakitangan yang mempunyai masalah simptom… Baca Lagi “SESI KLIEN SIMPTOM OCD (OBSESSIVE – COMPULSIVE DISORDER) OLEH PEMBIMBING AKRAB (RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM)”
PERKONGSIAN KES AD-HTP (ART DRAWING – HOUSE TREE PERSON) – MAHYANA MUKHTAR
Perkongsian Pengamal Master AD-HTP tentang keberkesanan aplikasi AD-HTP sebagai tools membantu perhubungan menolong. Baca Lagi “PERKONGSIAN KES AD-HTP (ART DRAWING – HOUSE TREE PERSON) – MAHYANA MUKHTAR”
TESTIMONI APLIKASI TERAPI NEO-CBT DAN MLT DALAM KEHIDUPAN
Pada Sabtu lepas, sewaktu saya sedang sembahyang tahjud pada lebih kurang jam 4.45 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan-jalan di dalam rumah &… Baca Lagi “TESTIMONI APLIKASI TERAPI NEO-CBT DAN MLT DALAM KEHIDUPAN”
Soalan Lazim
Ya, semua orang boleh jadi klien jika anda ingin membangunkan diri sendiri, menangani permasalahan kehidupan atau masalah kesihatan mental boleh hadir mengikuti sesi terapi di EDCP.
Anda boleh membuat tempahan dalam website ini untuk sesi terapi secara online dengan memilih kaunselor/ psikologis/ mentor/coach/pembimbing.
Ya, anda boleh memilih terapi anda sendiri dari senarai terapis yang dinyatakan.
Terdapat tiga kategori terapis iaitu kaunselor, psikologis dan mentor/coach/pembimbing. Anda hanya perlu melihat profile mereka dan pilih terapis berserta pakej terapi yang diinginkan.
Ya, kesemua terapis di EDCP berkemahiran dan mempunyai pensijilan menjalankan sesi terapis menggunakan pendekatan AD-HTP, CBT-H dan MLT.
Kaunselor ialah terapis yang memiliki kelayakkan kaunseling dan berdaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia (LKM). Mereka berkemahiran mengplikasikan pendekatan AD-HTP, CBT-H dan MLT dalam perhubungan menolong.
Psikologis ialah terapis yang memiliki sekurang-kurang ijazah pertama dalam bidang psikologi. Mereka berkemahiran mengplikasikan pendekatan AD-HTP, CBT-H dan MLT dalam perhubungan menolong.
Mentor/Coach/Pembimbing ialah individu yang berkemahiran menjalankan sesi terapi secara mentoring, coaching atau bimbingan. Mereka telah mengikuti latihan profesional Pensijilan AD-HTP, CBT-H dan MLT serta berkesan membantu klien secara konsisten.
AD-HTP ialah pendekatan penerokaan, mengenalpasti bakat, potensi dan permasalahan diri melalui lukisan AD-HTP. Klien hanya perlu melukis satu pemandangan yang mempunyai gambar rumah, pokok, orang dan lain-lain simbol. Penerokaan lukisan klien akan dibuat berdasarkan tafsiran simbol, proses penerokaan dan pengesahan klien terhadap permasalahan mereka.
Pendekatan CBT-H adalah pengubahsuaian pendekatan CBT (Cognitive Behavioral therapy) yang lebih mudah, pantas dan berkesan membantu klien. Tiga asas utama pendekatan ini ialah membetulkan semula corak pemikiran, penyelesaian masalah dan mengaplikasi teknik dan tugasan CBT-H yang berkesan. Terdapat lebih 50 teknik CBT-H yang berkesan untuk diaplikasikan oleh klien dalam kehidupan.
Pendekatan MLT atau TKC (Terapi Kesedaran Cinta) ialah terapi paling istimewa kerana klien dibimbing merasai kasih sayang Tuhan, I love Myself, I care myself’, menyayangi orang lain dan melepaskan kemelekatan. Aplikasi merasai kuasa kasih sayang dan bimbingan kerohanian (spiritual) seperti tafakur hening, kesyukuran, penyucian jiwa, memaafkan dan ’total surrender’ diaplikasikan dalam kehidupan untuk memperoleh ketenangan jiwa.
Setiap kaunselor, psikologis dan mentor/coach/pembimbing di EDPAC mempunyai kemahiran dan pengalaman menjalankan sesi secara sistematik. Namun, kejayaan pendekatan ini bergantung kepada permasalahan klien dan jenis pakej terapi yang dipilih. Bagi klien yang memilih hanya satu sesi mungkin agak terhad untuk mengaplikasi kesemua pendekatan berbanding klien yang mengambil 4 sesi terapi dan seterusnya.
Klien boleh memilih minimum satu sesi terapi sahaja. Namun, berdasarkan EDCP dan CBT-H bagi permasalahan yang agak serius klien dinasihatkan mengikuti minimum empat sesi terapi bagi satu penilaian proses terapi.
Ya, bayaran sesi terapi adalah berbeza mengikut pilihan terapis dan pakej yang dipilih. Sila rujuk pilihan terapis dan pakej terapi yang dipilih.
Hanya sesi terapi individu disediakan pada masa kini dan dijalankan secara online ’google meet’. Tarikh dan masa sesi terapi akan ditentukan bersama oleh terapis-klien.
Sesi terapi kelompok dan terapi keluarga belum disediakan. Ia akan disediakan nanti.
Ya, pada masa kini hanya sesi terapi secara online ’google meet’ sahaja disediakan. Sesi F2F hanya bergantung kepada keadaan, masa dan tempat yang bersesuaian berdasarkan kesediaan terapis.
Setiap sesi terapi antara 45 minit hingga 60 minit.
Pakej A (satu sesi terapi shj), Pakej B (2 sesi terapi) dan Pakej C (3 sesi
terapi). Sila pilih dalam tempahan sesi.
Jarak masa antara setiap sesi dicadangkan antara satu hingga dua minggu.
Anda juga boleh memilih antara tiga hingga empat minggu bergantung tahap masalah dan kesediaan anda.
Ya, bergantung pendekatan dan teknik terapis. Tugasan kerja rumah sangat
penting bagi mengubah corak pemikiran dan kesembuhan anda.
Ya, melalui ruangan khas ‘chat’ atau email atau media sosial lain yang dipersetujui bersama.
Ya, setelah selesai pakej sesi yang ditempah, anda boleh memohon pakej sesi baharu atau menukar terapis lain dengan pakej baharu setelah selesai sesi. (Anda tidak dibenarkan menukar sesi/ terapis semasa dalam tempoh sesi)
Ya, sila pos cadangan dan maklum balas anda dalam ruangan hubungi kami. Maklum balas anda sangat kami dihargai.
Kongsi laman web kami di: