1. Selepas mengikuti Pensijilan Pengamal Neo-CBT (Neo-Cognitive Behavioral Therapy) pembimbing AKRAB ini memahami mengenai OCD.

2. Beliau dirujuk membantu klien/ kakitangan yang mempunyai masalah simptom OCD, tetapi beliau tahu had dan limitasi seorang pembimbing AKRAB dan perlu merujuk kes klien kepada kaunselor dan psikiatris jika simptom adalah serius dan benar.

3. Tetapi dengan kemahiran Neo-CBT beliau berjaya membantu klien membuat pencegahan awal dan klien mengakui keberkesanan sesi dan sangat membantu memberi penyelesaian awal.

3. Bagi saya tahap membimbing oleh AKRAB ini sangat berkemahiran, profesional dan sistematik walaupun beliau bukan pegawai psikologi atau kaunselor tetapi hanya ahli AKRAB biasa dan bukan seorang pegawai.

4. Tahniah dan saya sangat bangga dengan Pembimbing AKRAB dan yakin semua pembimbing AKRAB yang lain mampu membantu rakan sejawat dengan lebih berkesan.

PROF MAS
Prof. Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip
Pengasas Pensijilan Neo-CBT
Presiden Pengamal Neo-CBT Malaysia

HURAIAN KAJIAN KES OLEH PEMBIMBING AKRAB MEMBANTU KLIEN SIMPTOM OCD

Prof…sy tak sangka sy mampu handle kes yg dikatakan OCD.
Klien dtg jumpa dgn sy. Sy maklumkan tujuan pertemuan dan klien tdk membantah.
Pertama sekali sy berikan klien sekeping kertas utk lukis ADHTP krn klien tdk brp banyak berckp (pendiam).
Dari lukisan sy amati klien lbh byk memikirkan ttng kerjaya. Suka bersendirian dan nak kebebasan. Tetapi ada rasa kerisauan.

Klien mengakui kesemua yg sy nyatakan itu.
Sy buat sesi dgn brtanya…apakah perkara yg plg dia ingat di masa kecil dia. Dia katakan waktu dia di kedai opah dia. Dia senang berada di sana.
Sy tnya lg…betul atau tdk dia selalu buat apa jg prbuatan lbh dr 2 kali. Dia kata tdk tp dia buat sesuatu prbuatan dlm masa agak lama. Cth basuh tgn. Kemudian sy maklumkan kpd klien untuk jlnkan bbrp sesi creative tools dan dia setuju.

Apa yg saya lakukan…
1) serakkan atas meja pencil² warna warni. Sy tnya….apa awak rasa melihatkan pencil begini. Dia kata selerak tp dia msh rasa ok.
2) kmdn sy buat lg selerak dgn kertas² warna warni. Dia msh jwb dia ok lg.
3) kmdn sy taburkan bedak talkum atas meja. Dia kata dia ok tp rasa nak kemaskan kertas dan sapu bedak talkum tu.
4) sy suruh klien sentuh bedak td dgn tgn. Dia sentuh dgn jari. Sy suruh lg sentuh dgn tangan. Dia sentuh. Sy tnya apa awak rasa? Dia kata dia rasa nak cuci.
Kemudian sy suruh dia ambil tisu dan lap tgn dia.
5) kmdn sy bg 1 kotak yg berisi mainan anak². Sy minta dia cari seberapa banyak objek kenderaan yg dia blh jumpa. Dia tgk tanpa menaburkan kesemua brg² dlm kotak tp memilih dr kotak dan dpt jumpa kesemua kenderaan. Dari susunan kenderaan itu yg sepatutnya disusun ikut warna…klien ini tdk berbuat demikian. Klien hnya melonggokkan mainan kenderaan yg dijumpa.

Kemudian sya mulakan sesi semula.
Klien bercerita disbbkan dia gagap prtuturan dia selalu rasa org yg dia jumpa tdk akn faham @ selesa dgn diri dia.
Sy brtanya lg…adakah itu yg awak rasa sblm msk jumpa sy? Takut sy tak fhm apa yg awak sebut?
Dia jawab “iya”.

Sy nyatakan kembali…sy tak fikirpun spt mana yg awak fikir. Itu hnya fikiran awak yg tdk benar. Org lain tdk prnah fikirkan pun psl kita. Kita yg selalu fikirkan begitu.
Sy brtanya pd klien…adakah awak tahu ramai org tak blh sebut prkataan R? Dia kata ya dia tahu…kwn dia ada sorg mcm tu. Jd sy tnya lg…jd apa jd pd kwn awak? Dia teruskan kehidupan tnpa blh sebut R.
Dia trmenung dan jwb…ya betul.
Sy brtanya lg…knp awak cuci tgn lama².
Dia jwb dia nak pastikan segalanya perfect.
Klien maklumkan pd sy bahawa opah dia cerita semasa dia di usia 2 thn…dia dikatakan tidak sihat dan doktor jangkakan dia tak blh hidup lama.

Pemerhatian sya…
Klien tdk ada minor @ simptom yg dikatakan OCD. Beliau hnya rasa kekurangan diri. Prbuatan mencuci tgn lama itu adalah untuk memberi kepuasan pd diri klien bahawa dia sempurna.
DNA pemikiran dr opah klien kpd klien adalah melalui kata² di usia 2 thn msh menghantui fikiran klien.
Klien telah diajar utk lakukan tafakur keheningan jika pemikiran dia dtg semula. Klien jh diajar bgmana hdk keluar dr zon stress dan cara utk tenang jika dia rasa stres. Sy minta klien utk turun dr tmt kerja dia dan brjln sebentar di bwh bgnan dia kerja (taman/padang) utk tarik nafas pjg. Dan bila klien lega…msk semula ke tmt kerja klien.
Hari ini laporan sy trm dr rakan²klien di pej…klien dah mula bersembang dan menegur kwn² yg lain.
Perkataan dari klien begini…”sy gagap sy risau org tak fhm ckp sy”. Kdmn dia ubah kpd +ve…”Walaupun sy gagap dan org tak fhm ckp sy tapi sy msh blh lakukan kerja sy dgn baik”.
Sy tnya pd klien…awak rasa lega?
Dia jwb ya…lega
Skala kerungsingan awal adalah 7 dan slps sesi 5.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *