Selamat petang, Prof. Izinkan saya memberi pandangan & maklum balas selepas Kursus Online MLT Tahap 1 di sini.
Saya masih ingat (bukan memiliki tetapi menikmati🤭) Prof pernah cadangkan saya mengikut Kursus MLT pada Hari Psikologi Sarawak di Kuching tahun 2019. Pada masa ketika itu, saya pernah practice meditation (tafakur) dan mudah mendapat ketenangan apabila Prof membawa kami practice breathing technique. Juga oleh sebab meditation ini, saya dapat sembuh dari penyakit hyperthyriodism dalam masa 3 bulan. Jadi, saya amat tertarik dengan “mindfulness” & ingin belajar dari Prof secara mendalam.

Walapun Prof ada terangkan tentang kursus ini ada sedikit menggunakan istilah Islam pada hari pertama, namun saya tak terasa apa2 elemen yang sensitif sepanjang kursus tersebut. Saya cuba faham maksud yang Prof ingin sampaikan dalam sylabus kursus tersebut, saya dapat manfaat juga. Demi mencapai mindfulness, kita perlu start dari diri sendiri, iaitu love ourselves. Selepas mendapat mindfulness, ia bukan sahaja hilang stres, kebimbangan, sengsara, dan apa2 negatif dalam kehidupan, tetapi menjadi lebih berkeupayaan mengawal diri dari segi berfikiran positif, emosi, dan tingkah laku.

Statement “I am not myself, but I love myself” ini adalah orang yang telah mencapai mindfulness, barulah mampu menikmati ketenangan ini, kebahagiaan ini, kesyukuran ini,…. Sebab dia dapat melihat diri sendiri dari segi fisiologi, emosi, berfikir. Malangnya kebanyakan orang berada dalam keadaan berfikir.
Mindfulness adalah suatu teknik yang merangkumi fikiran, perasaan & tingkah laku demi mencapai tahap kedamaian diri, mahupun aman & damai orang lain. Jika semua orang dapat mindful di dunia ini, saya percaya dunia ini adalah di syurga🙏🏻 Jadi, semoga Prof teruskan menyampaikan ilmuNya demi dunia ini menuju ke arah syurga🥳🙏🏻

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *