Jasad saya hidup tapi jiwa saya mati. Saya hidup sebab saya bernafas je tapi saya tak gembira. Sakit dada, sesak nafas, muntah, sakit saraf mata yang buatkan saya selalu kabur tiba2, sakit saraf tangan yang buatkan saya susah nak siapkan assignment, sakit tulang belakang, tangan menggeletar & banyak lagi. Saya doa pada Tuhan hari2 untuk tarik nyawa saya sebab saya terlalu sakit.

4 tahun, saya hidup dalam keadaan melarikan diri. Saya lari dari semua kebarangkalian trigger, yang mungkin akan buat saya terluka. Jadi lama2, saya sangat penat, saya dah lama lari. 

Saya di diagnose PTSD disebabkan peristiwa di emergency melibatkan doktor 2 tahun lepas, jadi saya lari dari doktor. Setiap kali saya nampak doktor, saya ada antara sedar & tak sedar, automatik saya pergi ke jalan supaya kereta langgar saya, overdose & cutting. 

PTSD sebab kes childhood abuse, saya tak nak terima fakta, jadi setiap kali psychologist dapat tahu saya ada isu childhood abuse, saya stop treatment & tukar psychologist.

Banyak kaunseling saya pergi, mereka nak pergi terlalu deep dalam kisah silam saya yang membuat saya ingat semula. Selepas sesi saya akan sakit kepala, mimpi ngeri semula & self harm semula. Saya ada selective mutism, jadi bila saya tak cakap kaunselor marah, rasa annoying dengan saya sedangkan saya memang tak boleh bercakap.

Dalam Neo-CBT, saya tak perlu pergi terlalu detail apa yang berlaku, cuma nyatakan tak perlu gambarkan semula situasi yang berlaku. Saya cuma perlu betulkan distorsi & pemikiran saya pada masa sekarang. Saya amalkan breathing relaxation/deep breathing pagi saya bangun tidur & sebelum tidur, sakit dada saya berkurang & dah tak kerap kena sesak nafas. 

Dalam BPD, salah satu simptom anger outburst. Ada masa bila saya explode, saya pun takut tengok keadaan saya. Cara saya kawal bila saya sangat marah saya pejam mata & kira dengan jari no 6 hingga 0 terbalik. Dan bila 0, marah saya akan berkurang.

Isu saya yang paling teruk tahun ni adalah bila kaunselor kolej kenalkan saya pada pengarah & unit pengurusan kolej sebagai anak angkat & bila dia beritahu saya yang dia sayangkan saya. Saya sangat benci bila ada orang dewasa atau lelaki mula sayang saya. Sebab itu trigger yang akan aktifkan semula kitaran self harm, overdose & suicide attempt. Permulaan madam sayang saya, 3 suicide attempt & lebih 5 kali overdose berlaku dalam tempoh tak sampai 3 bulan. Saya buat satu skema baru & ulang ayat tersebut setiap kali saya marah pada ibu angkat saya. Dalam sebulan saya buat, saya mula terima kasih sayang yang madam beri, saya benarkan madam peluk saya & saya mula benarkan diri saya untuk gembira.

Neo-CBT simple, cuma satu borang untuk betul distorsi. Jadi tak ada isu untuk saya buat sebab tak ganggu masa saya belajar & masa yang diambil sangat singkat. Macam dulu saya buat CBT banyak borang saya dapat kena isi, takut pulak tu kalau tak siap kena marah Paling saya suka, bila dalam Neo-CBT tak kena marah jika tak dapat siapkan tugasan & tugasan adalah antara persetujuan klien. Dekat sekolah kena bebel, rumah kena bebel, jadi jumpa kaunselor dengan harapan untuk lega. Bagi saya penstrukturan kognitif berkesan & antara yang pantas jika nak dibandingkan dengan sesi kaunseling saya pergi sebelum2 ni. Saya belajar yang saya tak perlu paksa diri saya untuk lupakan peristiwa trauma, saya cuma perlu ubah corak berfikir. Relapse akan berlaku, tetapi setiap kali berlaku saya akan buat semula skema baharu sampai saya sembuh.

Dulu saya tak suka diri saya, saya nampak diri saya rosak, macam kaca pecah. Sekarang, saya ulang hari2 saya sayang diri saya. Saya beritahu diri saya, saya perlu gembira sebab saya dah lama menderita. Saya pandang cermin, beritahu diri saya cantik, pandai, saya ada ramai sangat kawan yang sokong saya, saya ada 2 ibu ayah angkat yang sayang pada saya. Saya belajar appreciate diri saya. Saya dapat 4 flat ibu ayah tak beri hadiah, birthday tak beri hadiah, jadi saya beli untuk diri sendiri guna duit saya. Saya happy & lebih tenang sebab tak mengharap dari orang lain. Bila saya dapat satu kejayaan, saya beli hadiah pada diri sendiri. Saya rasa hidup saya lebih simple. 

Saya berterima kasih dengan kegelapan yang buatkan saya kuat & matang. Saya dapat bantu ramai kawan yang ada depression & orang2 yang perlukan sokongan di FB. Saya menyokong orang lain sebagaimana saya disokong oleh lebih 200 orang orang yang terdiri dari psychologist, kaunselor, doktor perubatan, pakar psikiatri, pakar homeopati, PU, ustaz darussyifa & ramai lagi. Saya belajar banyak ilmu psikologi, baca banyak journal tentang mental disorder yang jadikan saya lebih memahami kawan2 yang datang pada saya dengan isu mental health. 

Terima kasih Prof Aziz atas ilmu Neo-CBT yang akan jadi satu tool yang saya dapat guna untuk rawat diri saya sendiri, betulkan pemikiran sendiri & kemudiannya dapat bantu orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *