Anisyah binti Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Nisya Ibrahim, merupakan seorang Life Purpose Coach dan Genetic Potential Consultant yang berasal dari Kuching, Sarawak dan membesar di Selayang, Selangor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dalam bidang Aeronautics dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dan pernah berkhidmat sebagai Production Manager di sebuah kilang mi segera.
Kini, beliau aktif dalam bidang psikologi, kaunseling, pembangunan personaliti dan kesihatan mental. Beliau merupakan Certified Trainer STIFIn Malaysia sejak tahun 2018, penerima Anugerah Trainer Komited & Dedikasi 2022 serta Branch Manager STIFIn Genetic. Selain itu, beliau merupakan Master Practitioner Mindfulness Love Therapy (MLT), Master Trainer Practitioner Cognitive Behaviour Therapy-Healing (CBT-H) dan Master Trainer Practitioner Art Drawing House Tree Person (AD-HTP), serta Certified Hypnotherapist daripada IHC pada tahun 2024. Beliau sekarang melanjutkan pengajian dalam bidang Master Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Januari 2025. Beliau pengasas Program ‘Design Your Purpose’ dan penulis buku Lead With Purpose yang diterbitkan pada tahun 2025, beliau aktif menerajui gerakan sosial berkaitan kesihatan mental dan kejelasan hala tuju hidup. Personal purpose beliau adalah untuk membangkitkan dan menyuburkan jiwa-jiwa yang ‘koma’ agar kembali tenang, bermakna serta merasai kasih sayang Allah.