ZANARIYAH BINTI ZAHARI merupakan anak kelahiran Negeri Kelantan. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Mempunyai 4 orang adik beradik dan merupakan anak sulong. Tahap pendidikan yang tertinggi adalah dalam Sarjana Sains Sosial (Psikologi Kaunseling) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan seorang Kaunselor Berdaftar dan juga merupakan Kaunselor Angkatan Tentera Malaysia sejak 2007.
Objektif menjadi kaunselor adalah kerana ingin membantu insan-insan lain yang memerlukan bantuan dari aspek kognitif, emosi dan tingkah laku.
1.Certified Master Trainer in Art Drawing House, Tree and Person
2. Certified Master Practitioner NEO-CBT
3. Certified Practitioner Clinical Mental Health Counseling
4. Certified Practitioner Master Mindfulness Love Therapy
“Kita tidak mampu untuk membahagiakan semua orang tetapi kita mampu
untuk membahagiakan diri sendiri”