Ali Bin Abd Kadir
MENTOR
aliabdkadir

aliabdkadir

EN ALI BIN ABD KADIR berkelulusan dalam bidang Kejuruteraan Kimia daripada Polytechnic Of Wales’ UK. Beliau mempunyai persijilan Neo CBT, MLT dan ADHTP. Pejuang “Mental Health” untuk merawat anaknya yang menghadapi penyakit Autistik dan Sawan. Pengalaman kerja beliau dengan Sektor Perkhidmatan Awam di bawah Kementerian Sumber Manusia dan sektor swasta dengan pelbagai syarikat minyak dan gas seperti PETRONAS GAS Berhad, Talisman (M) Ltd,, Murphy Oil Sdn. Bhd, Nippon Oil Sdn Bhd dan Petronas Carigali.

Pengalaman kerja beliau melibatkan kajian terhadap “Human Error” (Kesilapan Manusia) yang menjadi punca kemalangan. Pengalaman beliau daripada tahun 1991-2020 membuatkan beliau mendalami ilmu dalam bidang Persijilan NEO CBT (Neo Cognitive-Behavioral Therapy), Mindfullness Love Therapy (MLT) atau Therapi Kesedaran Cinta iaitu merasai cinta Tuhan dan “I Love Myself” untuk kesejahteraan diri dan orang lain. Beliau juga telah mengikuti program Lima Modul GOT PIMEV (Graduate On Time) Master dan PhD dan Pensijilan AD-HTP (Art-Drawing-House Tree Person) iaitu interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan. Beliau muncul dalam program webinar bersama-sama Prof Mohammad Aziz Shah bagi topic “Burn Out” dan “Total Surrender”.