Dr Hjh Nur Liyana Binti Mohd Ibrahim, KB.PA
KAUNSELOR BERDAFTAR
Dr-Nur-Liyana-Mohd-Ibrahim-350x350

Dr. Hjh  Nur Liyana Bt Mohd Ibrahim merupakan Kaunselor Pendidikan.  Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun di Kementerian Pendidikan Malaysia. Memiliki Ijazah Kedoktoran (Ph.D), dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).  Beliau merupakan pengasas Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) berdasarkan Teori Cognitive Information Processing.

Beliau memiliki  Pensijilan AD–HTP (Art Drawing–House Tree Person) iaitu interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan menolong, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive Behavioral Therapy) iaitu terapi kesihatan mental melalui penstrukturan kognitif yang sistematik dan Pensijilan Mindulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta iaitu merasai cinta Tuhan dan ’I Love Myself’ untuk kesejahteraan diri dan orang lain. Beliau juga memiliki Pensijilan Ekspresif Art Therapy dan Inevntori I2pk (KPM). Terlibat dalam pembinaan Modul dan Psikometrik untuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling (BPsK), Kementerian Pendidikan Malaysia, Panel Pakar Pembinaan Modul untuk pelajar universiti di  peringkat Ijazah Kedoktoran dan Master. Beliau merupakan Kaunselor Berdaftar (01384) dan Perakuan Amalan (00998) ; Keahlian PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) dan Keahlian  PEKA (Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia). Beliau juga Bendahari  Persatuan Pengamal Neo-CBT Malaysia.