Mohd Al Hafiz Bin Norisham, KB.PA
CLINICAL MENTAL ILLNESS COUNSELLOR
al_hafiz_profile

MOHD AL HAFIZ BIN NORISHAM, K.B.; P.A, Clinical Mental Illness Counsellor, memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (kepujian) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan mempunyai pendidikan di peringkat Sarjana Sains (Kaunseling) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam (Mod A) penyelidikan sepenuh masa dalam kajian (kaunseling) full research in clinical mental health counseling (specialist bipolar mood disorder:- type I & type II) di bawah penyelian Profesor Doktor Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip yang lebih dikenali sebagai Prof MAS (UPSI).


Beliau aktif dalam sesi yang melibatkan individu/pesakit bergejala dan mengalami gangguan kesihatan mental. Beliau merupakan Kaunselor Berdaftar (KB09661) dan Perakuan Amalan (PA09287). Kini beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.


Bidang pengkhususan & kepakaran beliau  adalah dalam kaunseling penyakit mental klinikal (bipolar mood disorders iaitu kategori I & kategori II) yang melibatkan sesi kaunseling penyakit mental klinikal (telah didiagnosis), temu bual klinikal protokol dan intervensi khusus dalam kecelaruan mental.


Pengkajian di peringkat sarjana (master) telah mendapat kesahan pakar seramai  22 orang pakar yang terdiri daripada pakar perunding psikiatri, pakar psikiatri, pegawai perubatan psikiatri, pakar perubatan keluarga, pegawai perubatan, pakar psikologi klinikal, pakar psikologi pendidikan, pakar kaunseling, pakar penyelidikan kualitatif dalam kaunseling, pakar Cognitive Behavioral Therapy (CBT), pakar bimbingan dan kaunseling (pembinaan modul), pakar pemulihan kesihatan mental, pakar terapi pertuturan bahasa, pakar kesihatan mental, pakar psikologi kaunseling dan practititioner Neo-CBT persijilan tahap tiga Neo-Cognitve Behavioral Therapy


Fokus perkhidmatan terkini; Kaunseling Kesihatan Mental Klinikal, Pemulihan Kesihatan Mental, Psiko-Pendidikan, Sosial, Pembentukan Tingkah Laku, Sesi Kaunseling Individu (Pelbagai Isu Kehidupan secara umum dan spesifik), Sesi Kaunseling Keluarga (Ibu, Bapa, Adik-beradik), Sesi Kaunseling Perkahwinan (Konflik  & Isu Rumahtangga melibatkan Suami dan Isteri), Sesi Kaunseling bagi Kanak-Kanak, Remaja, Dewasa dan Warga Emas. Kaunseling Trauma, Pembaharuan Emosi Baru, Pelan Perkembangan dan Intervensi Pemulihan, Pengurusan Jangkaan dan limitasi, Mindfulness Love Therapy, Coaching dan lain-lain lagi.


Beliau ditauliahkan Certified Mental Health First Aider Malaysia (MHFA), Certified Master Pratictitioner Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT), Certified Master Neo NLP Practitioner (Neo-NLP), Certified Master Practitioner Art Drawing-House Tree Person (AD-HTP), Certified Practitioner Mindfulness Love Therapy (MLT), Certified Practitioner Body Language Analyzer (WSG-USA), Certified E-Psychological First Aid (E-PFA), Certified Got Master and PHD Modul GOT Pimev, Certified DSM-5 dan lain-lain.


Boleh hubungi beliau melalui email [email protected] atau boleh layari Website https://edcounselingandpsychology.com/