Mohd Rosli Bin Md Noor
MENTOR
MOHD ROSLI BIN MD NOOR_350x350

20201228_095234

MOHD ROSLI BIN MD NOOR merupakan salah seorang Akrab Pakar KDN 2020/2021. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai Pegawai Imigresen dan 3 tahun sebagai ahli akrab Imigresen Malaysia. Kini beliau bertugas di Ibupejabat  Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya , Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan. Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) dari Universiti Teknoligi Mara (UiTM).

Beliau adalah Pengamal Pensijilan AD–HTP (Art Drawing–House Tree Person) iaitu interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan menolong, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive Behavioral Therapy) iaitu pendekatan CBT  dalam satu model pantas, mudah dan praktikal untuk menangani corak pemikiran maladaptif yang menyebabkan berlakunya tingkahlaku maladaptif dan emosi-emosi negatif. Dengan pendekatan ini akan membantu klien dalam mempenstrukturan Semula Kognitif dan tingkahlaku dengan terknik-teknik CBT yang bersistematik dan berkesan. Selain itu, beliau juga merupakan Pengamal Pensijilan Mindfulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta yang merupakan suatu modul kesedaran yang menyampaikan kelilmuan kesedaran Cinta bagi merasai ketenangan diri dan orang lain melalui rasa cinta Tuhan dan ‘I Love Myself’ untuk kesejahteraan diri dan lain.