MOHD ROSLI BIN MD NOOR merupakan salah seorang ahli Akrab di Jabatan Imigresen Malaysia. Beliau juga adalah salah seorang Akrab Pakar KDN 2020/2021. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai Pegawai Imigresen dan 3 tahun sebagai ahli akrab Imigresen Malaysia. Kini beliau bertugas di Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya , Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan. Memiliki Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Perkilangan) dari Universiti Teknoligi Mara (UiTM).
Beliau adalah pengamal Modul Pensijilan AD–HTP (Art-Drawing–House Tree Person)Tahap 1 iaitu interpretasi lukisan rumah, pokok dan orang bagi penerokaan masalah dan perhubungan menolong, Pensijilan Neo-CBT (Neo-Cognitive-Behavioral Therapy)Tahap 1 dan 2 iaitu terapi kesihatan mental melalui penstrukturan kognitif yang sistematik dan berkesan dan Pensijilan Mindfulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta tahap1 iaitu merasai cinta Tuhan dan ‘I Love Myself’ untuk kesejahteraan diri dan lain.