Puan Nadirah Samsuri merupakan seorang Healing Soulguide, penceramah, pembimbing dan penasihat yang mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan, bimbingan dan kaunseling, psikologi Islam serta pembangunan diri. Beliau memiliki Ijazah Perakaunan dengan Kepujian dan Diploma Perakaunan dari UiTM Arau serta kini sedang melanjutkan pengajian Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau juga merupakan Certified Trainer STIFIn Malaysia, Professional Trainer Akademi Trainer, serta memiliki Certified Master Art Drawing House Tree Person (AD-HTP), Certified Master Trainer Cognitive Behaviour Therapy for Healing (CBT-H) dan Certified Mindfulness Love Therapy (MLT). Antara pencapaian beliau termasuk berada dalam Top 5 Ujian Biometrik STIFIn pada tahun 2021 dan Top 10 pada tahun 2023. Fokus dan minat beliau merangkumi kaunseling, kesihatan mental serta penggunaan STIFIn dalam memahami isu rumahtangga, keluarga, kerjaya, perniagaan dan kepimpinan. Beliau turut aktif mengendalikan pelbagai program seperti Basic STIFIn Class, Workshop STIFIn Level 1, Training of Trainers Interaksi Quran (TOTIQ), Webinar Tenanglah Suri, Tadabbur Wanita Syurga, Webinar MLT: Temui Kekuatan Diri di Sebalik Luka dan Bloom After The Storm 2025. Misi peribadi beliau adalah untuk mendamaikan dan menenangkan hati-hati yang terluka agar bangkit berTuhan.