Nora Adeeb binti Abdul Razak
MENTOR
NORA ADEEB BINTI ABDUL RAZAK

NORA ADEEB BINTI ABDUL RAZAK

Nora Adeeb binti Abdul Razak merupakan Tranformation Partner (Rakan Transformasi) dan Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) di organisasi yang beliau berkhidmat. Memiliki Master Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda (Accounting) dari Universiti Islam Antarabangsa (Malaysia) (UIAM).

Beliau merupakan Master Practitioner Art-DrawingHouse Tree Person (ADHTP) iaitu interpretasi lukisan rumah pokok dan orang dan intervensi psikologi dalam perhubungan menolong, Master Practitioner Neo-Cognitive-Behavioral Therapy (Neo-CBT) iaitu pendekatan pantas, mudah dan berkesan menguasai CBT konsep baharu melalui teori dan praktis Neo-CBT, dan Certified Master Practitioner Mindfulness Love Therapy (MLT) atau Terapi Kesedaran Cinta (TKC) iaitu terapi pemahaman dan kesedaran cinta yang berasaskan cinta Tuhan dan ‘ILove Myself’ dalam menuju kesejahteraan dan menikmati kehidupan. 

Selain itu, beliau juga merupakan Certified Master Practitioner Creative Trauma Cleansing (CTC), iaitu teknik membersihkan trauma dan semua jenis emosi sama ada positif atau negatif, dan juga Trainer Neo-Neuro-Linguistic Programming (Neo-NLP) iaitu memahami kuasa mindset untuk memprogramkan diri, serta Trainer Psychological First Aid (PFA).

Beliau juga boleh membantu mengungkap rahsia potensi diri melalui analisa tulisan tangan dan analisa tandatangan.

In sya Allah, dengan izin Tuhan yang Maha Penyayang dan Maha Pengasihani serta dengan ilmu dan pengalaman yang beliau miliki, beliau berupaya untuk membantu anda untuk transformasi dan menikmati kehidupan dengan penuh kesyukuran, ceria dan positif. Jom, tempah sesi!