Puan Alia Azal
MENTOR
Photo 2024 11 07 15 10 58

Beliau seorang wanita cekal yang pernah melalui fasa kehidupan yang sangat mencabar.  Pernah berkhidmat di jabatan kerajaan dan akhirnya memilih untuk berhenti demi memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak yang masih kecil ketika itu. Beliau seorang yang berdedikasi dan mempunyai kecenderungan dan minat yang kuat untuk membantu masyarakat di luar sana tentang pentingnya menjaga kesejahteraan dan kesihatan mental.

Beliau pernah terperangkap dalam terowong kesakitan pemikiran. 14 tahun hidup bersama “Anxiety” bukanlah sesuatu yang mudah. Pernah melalui liku-liku kehidupan yang sangat teruk apabila kehidupan seharian tidak dapat dijalani dan dinikmati sebaiknya. Hidup sentiasa di dalam ketakutan. Takut kepada perkara-perkara yang tidak pasti terutama sekali kepada “kematian”. Beliau pernah berada di dalam group AFM (Anxiety Freedom Malaysia) dan melibatkan diri sebagai sukarelawan untuk berkongsi ilmu tentang kepentingan mengamalkan dan mempraktikkan teknik yang dipelajari dalam sesi rawatan.

Beliau berjaya membuktikan kepada dunia bahawa kesakitan pemikiran boleh dirawat melalui rawatan psikoterapi dan sembuh tanpa ubat dengan mempraktikkan segala teknik ataupun tugasan yang diberikan secara konsisten setiap hari.

Beliau mengikuti pensijilan Cognitive Behavioral Therapy (CBT-H) dan Mindfulness Love Therapy (MLT) dibawah bimbingan Profesor Dr. Mohamad Aziz Shah bin Mohamed Arip. Selain itu,beliau juga sangat komited untuk mengikuti webinar tentang ilmu psikologi yang dikongsikan oleh Prof MAS. Kini, beliau juga sedang mengikuti kelas sijil Psikologi Islam di Kolej Pengajian Tinggi Islam Al-Insaniah (KPTI) secara atas talian. Beliau juga pernah memasuki kelas AD-HTP (Art Drawing – House Tree Person), Hipnosis dan Neuro Linguistic Programming (NLP) jangka pendek.

Berpegang pada satu prinsip,sebarkan kebaikan dan teruslah menjadi jambatan kasih dan sayangNya.Jika beliau boleh sembuh dan boleh menikmati kehidupan sebaiknya.Anda semua juga pasti boleh.Nak tahu kuncinya,beliau sedia membantu anda.

“Jangan takut berjalan lambat.Tapi takutlah jika hanya berdiam diri”. Jom tempah sesi anda sekarang.