Dr Thahira Bibi bt TKM Thangal
MENTOR
Thahira Bibi

Thahira Bibi

THAHIRA BIBI BT TKM THANGAL, Ph.D merupakan Pensyarah Kanan Pengurusan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang. Beliau berpengalaman bekerja dalam bidang sumber manusia di industri swasta dan kerajaan sebelum memulakan kerjaya sebagai pensyarah di UiTM pada tahun 2008.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Teknologi Malaysia dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang sama di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mengikuti persijilan Neo-Cognitive Behavioural Therapy (Neo-CBT), Art Drawing- House Tree and Person (AD-HTP) dan Mindfulness Love Therapy (MLT) di bawah bimbingan Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip serta mengamalkannya dalam proses membantu pelajar dan orang ramai.