Wan Shariza Bt Wan Zainal Abidin,KB.PA
KAUNSELOR BERDAFTAR
ws 3

WAN SHARIZA BT WAN ZAINAL ABIDIN K.B.P.A memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (IPGM) dan Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling(UPSI) serta sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (UPSI) dalam bidang Kaunseling Kesihatan Mental yang berfokus terhadap isu kemurungan(Depression), kebimbangan (Anxiety) dan Stres (Stress) di bawah penyeliaan Prof. Dr Mohammad Aziz Shah bin Mohamamed Arip yang lebih dikenali sebagai Prof MAS (UPSI). Oleh itu beliau sangat aktif  dalam sesi kaunseling melibatkan individu yang mengalami isu kemurungan, kebimbangan dan stres. Beliau juga aktif dalam menjalankan sesi kaunseling melibatkan isu rumah tangga dan kanak-kanak.

Selain itu beliau juga merupakan seorang kaunselor berdaftar dan Perakuan Amalan (09300/08919  ); keahlian PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) dan telah menjalankan 1000 jam perundingan dan  latihan kepada lebih 700 orang klien.

Beliau juga seorang motivator dan penceramah serta telah ditauliahkan dengan asas Certified Pschological First Aid (PFA), Certified Crisis Method (CM) iaitu tatacara menangani situasi krisis dan cemas, Certified Master Trainer Neo- Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) iaitu interpretasi dan intervensi psikologi dalam perhubungan menolong., Certified  Master Trainer Art Drawing House Tree Person (AD-HTP) iaitu cara mengenal pasti isu kesihatan mental melalui lukisan, Certified in Mindfulness Love Therapy (MLT) iaitu teknik menyayangi diri dan orang lain, Certified in Acceptence Love Therapy (ALT) iaitu teknik menerima rasa cinta, Certified in Body Language Analyse (BLA) iaitu cara menganalisis bahasa tubuh, Certified in Psycho-Neurology (PN) iaitu mengungkap kekuatan tarikh lahir, Certified in Subconscious Mind and Vibes(SCMV) iaitu teknik menggunakan fikiran bawah sedar dan aura diri, Certified in GOT Master PHD Modul (PIMEV). Beliau boleh dihubungi melalui website EDCP atau [email protected]