Zarifah Binti Mat Hussin (KB;PA) merupakan Kaunselor Profesional Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), 2013. Dengan pengalaman lebih 13 tahun dalam bidang kaunseling, beliau komited membantu individu membina kekuatan emosi, memahami diri dan bangkit daripada cabaran kehidupan.
Beliau kini berkhidmat sebagai Kaunselor sepenuh masa di Institute Jantung Negara University College (IJNUC), serta aktif sebagai kaunselor sukarela di Pusat Kaunseling Selangor melalui Talian Sahabat dan Talian Sehat.
Dalam amalan profesionalnya, beliau mengintegrasikan beberapa pendekatan terapi berstruktur seperti:
-
AD–HTP (Art Drawing – House Tree Person)
-
Neo-CBT (Neo Cognitive Behavioral Therapy)
-
Mindfulness Love Therapy (MLT)
Selain sesi kaunseling, beliau juga aktif menulis dalam segmen Seri Psikologi di Utusan Malaysia sebagai usaha mendidik masyarakat tentang kesihatan mental secara lebih dekat dan mudah difahami.