Pada Sabtu lepas, sewaktu saya sedang sembahyang tahjud pada lebih kurang jam 4.45 pagi, saya terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan-jalan di dalam rumah & menaiki tangga. Selesai sembahyang, saya meninjau anak-anak di bilik mereka bagi memastikan semuanya adalah selamat. Pada waktu siangnya, saya bertanya kepada 4 orang anak-anak saya yang teratas, sekiranya ada di kalangan mereka yang ‘stay-up’ & berjalan-jalan di dalam gelap, sebelum subuh. Namun, tiada yang mengaku.
Pada awal pagi Ahad, ketika sedang mengambil wuduk untuk sembahyang tahjud pada waktu yang lebih kurang sama, sekali lagi saya terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan laju-laju di tangga. Merasa musykil, saya bergegas keluar & terlihat dari kejauhan yang anak lelaki saya yang kelima sedang berjalan di dalam bilik abangnya di dalam gelap. Tanpa membuka lampu, saya menuju ke arah beliau dari belakang & memanggilnya. Dia kelihatan terkejut & takut. Saya memimpinnya ke bilik saya.
Anak kelima saya yang akan memasuki 8 tahun itu, mengaku bahawa sudah 2 malam beliau berjalan-jalan & tidak tidur. Pada mulanya, saya merasa marah. Tetapi, cepat-cepat, saya tenangkan diri bila teringat i am not myself but i love myself.π
Anak saya itu mengatakan bahawa beliau tidak boleh tidur & merasa amat takut. Oleh itu, ‘instead of’ tidur di biliknya, beliau telah pergi ke bilik kakak sulungnya yang merupakan pelajar universiti & cuba tidur dengan kakaknya, tetapi gagal.
Selepas beberapa ketika tidak dapat melelapkan mata, beliau berpindah pula ke bilik kakaknya yang lain & kemudian ke bilik-bilik abang-abangnya pula & membuat perkara yang sama.
Anak saya teringat ‘movie’ yang ditonton di t.v. pada malam Sabtu mengenai hantu yang menyerupai ‘clown’ & memakan setiap kanak-kanak yang dijumpainya… rasanya cerita berkaitan Hallooween kott… π
Air mata anak saya bergenang & wajahnya mencerminkan ketakutan. Dia juga mengatakan dadanya berdebar-debar & asyik terbayang wajah ‘clown’ tersebut setiap kali memejamkan mata. π₯Ί
Saya rasa simpati apabila melihat matanya juga merah & bengkak akibat tidak cukup tidur. π₯Ί
Alhamdulillah, dengan ilmu Neo-CBT yang dipelajari daripada Prof Aziz, pada awal pagi yang hening itu, saya telah membantu anak kelima saya yang baru masuk Tahun 2, membuat mengstrukturan semula kognitif agar berani & boleh tidur seperti lazim.βΊοΈ
Wajahnya bercahaya & jelas kelihatan lega. Beliau mengatakan rasa takut telah hilang sesama sekali & ketika itu juga beliau memberi skala ketakutan daripada 100% terus menjadi ke 0. π
Selepas memeluk anak saya itu, saya mengajak beliau tidur di bilik saya sementara saya sembahyang tahjud dulu. Namun, beliau menolaknya & terus berjalan di dalam gelap menuju ke biliknya sendiri.π
Terharu sangat sewaktu doa selepas sembahyang tahjud pada pagi tersebut. Terasa amat bahagia. Alhamdulillah, dengan ilmu Neo-CBT & MLT, saya boleh setenang itu sewaktu mendengar rintihan hati anak lelaki saya. Maka, perkara pertama yang saya lakukan pada hari itu adalah membantu anak saya yang masih terlalu muda, membentuk ‘character’nya agar berani & positif, secara spontan. ππ₯°
Mungkin tanpa ilmu Neo-CBT & MLT, saya akan memarahi anak saya itu kerana tidak mendengar nasihat saya yang berkali-kali, agar tidak menonton cerita seram. Mungkin juga, saya akan memarahinya kerana menjadi penakut & akhirnya menyusahkan diri sendiri. Dan bermacam-macam kemungkinan lain yang akan saya lakukan, namun tidak ada satu pun akan dapat membantu anak yang saya sayang mengatasi masalahnya.π°
Sebelum menulis testimoni ini, anak lelaki saya yang memasuki usia 8 tahun itu mengatakan yang beliau tidak lagi takut untuk tidur atau apabila melihat ‘clown’ & boleh tidur dengan nyenyak. π
Alhamdulillah, syukur sangat ya Allah. Rasa amat bahagia & gembira. Terima kasih Prof Aziz Shah. Terima kasih kongsikan ilmu Neo-CBT. Terima kasih kongsikan ilmu MLT. ππ€©ππ₯°
Terima kasih atas perkongsian oleh Practitioner Neo-CBT (Neo-Cognitive Behavioral Therapy) dan MLT (Mindfulness Live Therapy) pada 22 Feb. 2021.