Dr Mahfuzah Mohammed Zabidi
MENTOR
Dr Mahfuzah Mohammed Zabidi

Dr MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI, Ph.D merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA Pasir Gudang. Beliau berpengalaman sebagai Guru Pendidikan Islam di SMK Tunku Kurshiah, Kuala Pilah pada tahun 2005 sebelum bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA pada tahun 2009.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang sama di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mengikuti persijilan Neo-Cognitive Behavioural Therapy (Neo-CBT), Art Drawing- House  Tree and Person (AD-HTP) dan Mindfulness Love Therapy (MLT) di bawah bimbingan Profesor Dr. Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip serta mengamalkannya dalam proses membantu pelajar dan orang ramai.