Mahyana Binti Mukhtar, KB.PA
KAUNSELOR BERDAFTAR
MAHYANA 2021 PROFILE PHOTO

Mahyana binti Mukhtar, KB;PA berkelulusan Sarjana Psikologi Kaunseling, UKM (2003) dan Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi), UIAM (2000). Beliau merupakan seorang psikologis dan kaunselor profesional yang berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia serta mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kaunseling. Beliau kini bertugas sebagai Kaunselor Kanan UniKL MIAT. Beliau merupakan Pengamal Mindfulness Spiritual Therapy, Pengamal Master Mindfulness Love Therapy, Pengamal Master Art Drawing-House Tree Person (AD-HTP) dan juga Pengamal Master Neo-CBT.

Berasaskan minat beliau yang mendalam terhadap kepelbagaian tool dalam perkhidmatan menolong, beliau juga merupakan Pengamal PsikoNumerologi, Colour Therapy Healing, Certified Language and Behavior Profiling, Certified NLP Practitioner, Certified NLP Coach dan Jurulatih Bertauliah NLP untuk Pelajar. Selain itu, beliau juga ditauliahkan sebagai Body Language Analyser, Certified Graphology for School, Certified Graphology Holistic,  selain Certified Mental Health Clinical Counselling daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau adalah penulis buku ‘The Bionic Woman’, ‘Seronoknya Mendidik Anak dengan Kaedah NLP’ dan penulis bersama untuk Modul ‘The Journey’, buku Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri dan beberapa buku kompilasi lain. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]