Norafiza Mohamed Noor, KB.PA
KAUNSELOR BERDAFTAR
norafiza

Poster Profil diri

Norafiza Mohamed Noor adalah seorang Kaunselor Berdaftar, berkelulusan Ijazah Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Beliau pengalaman dalam melaksanakan sesi kaunseling secara individu, kelompok dan sesi bimbingan serta perundingan.  Isu-isu yang ditangani adalah isu peribadi/kekeluargaan, perkahwinan, masalah kesihatan mental, pengurusan organisasi dan keberhutangan serta lain-lain isu.  Beliau juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek yang melibatkan pelbagai lapis peserta yang terdiri daripada golongan pelajar, guru, pentadbir sekolah dan kakitangan-kakitangan agensi kerajaan dan swasta.

Beliau juga pernah dilantik sebagai panel Kaunselor kepada beberapa pusat Kaunseling swasta seperti Turning Point Wellness Centre dan TwinsTalk.  Telah diikhtiraf sebagai pengamal SEFTer Spiritual Emotion Freedom Technique. Beliau juga telah ditauliahkan beberapa persijilan lain dan sebagai pengamal ADHTP, NeoCBT, MST dan ditauliahkan dengan persijilan Kesihatan Mental oleh UPSI.

Pengalaman beliau selama lebih 20 tahun ini telah membawa kepada perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran di seluruh Malaysia. Kepakaran beliau dalam mengendalikan program di peringkat Negeri dan Kebangsaan sehingga dijemput secara professional oleh pihak luar seperti Yayasan Bank Rakyat dari Tahun 2012 sehingga 2013, dilantik sebagai Mentor kepada para pelajar tajaan Yayasan Peneraju di bawah Projek Tunas Potensi Sunway University College pada Tahun 2014, dilantik sebagai Kaunselor dan Jurulatih bagi Projek CDC-MAS pada Tahun 2015, melaksanakan beberapa program bersama pihak MBPJ, AEIUM, terlibat bersama di dalam projek bersama Tuisyen YSS di bawah Peneraju. 

Beliau juga telah  dilantik oleh pihak Bahagian Pembangunan Insan Universiti Malaya sebagai penceramah tetap sejak 2015 sehingga sekarang.  Penglibatan sebagai penceramah profesional di dalam bidang kaunseling telah memberikan ruang kepada beliau untuk berkongsi ilmu kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta.