Shah Hakimi
MENTOR
photo_2023-09-26_12-50-30

photo_2023-09-26_12-50-30

Shah Hakimi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau menerima pentauliahan sebagai Trauma Therapist, Mental Health dan Parenting Coach, Terapis Kognitif Tingkah Laku (Neo-CBT), Art Drawing – House Tree Person (ADHTP) & Mindfulness Love Therapist (MLT) dan Psychological First Aid Provider. Sekarang telah tamat pengajian di peringkat Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau merupakan Jawatankuasa Persatuan Terapi ADHTP Malaysia & Ahli Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA).

Kepakaran beliau adalah membantu anda atau mereka yang anda kenal dalam kalangan remaja, belia mahupun dewasa yang sering mengalami stres melampau sehingga hidup tidak terurus, dihantui trauma silam yang pahit dan menyakitkan, terlampau resah gelisah sehingga kerja bertangguhan dan sukar untuk tidur malam, kemurungan dan rasa tidak bermaya, rasa tidak yakin diri, tidak penting dan tidak berguna, rasa nak putus asa dengan pelajaran atau pekerjaan, rasa setiap apa yang dilakukan amat payah atau memerlukan seseorang untuk anda meluahkan, maka beliaulah orangnya.

Beliau akan bekerjasama dengan anda untuk meringankan beban pemikiran, mengendalikan emosi yang berkecamuk, memproses trauma yang telah lama menyekat atau memenjarakan kehidupan anda. Anda akan dibantu mencari penyelesaian secara bersama daripada terus terperangkap dengan belenggu masalah atau cabaran yang anda hadapi sekarang dengan kepakaran beliau berpandukan pendekatan psikologi dan kaunseling berikut: Acceptance & Commitment Therapy (ACT), Eye Movement Desensitization & Reprocessing (EMDR), Trauma-Informed Stabilization Treatment (TIST), Mindfulness-Based Therapy, Person-Centered Counselling (PCC), Solution-Focused Brief Therapy (SFBT) dan Emotion Freedom Technique (EFT).